Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak perkukuh usaha pendidikan awam bendung penipuan atas talian
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak perkukuh usaha pendidikan awam bendung penipuan atas talian

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menjawab soalan media berhubung langkah menangani kes penipuan atas talian yang semakin meningkat di Sarawak. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak bersama pelbagai agensi berkaitan terus memperhebat program pendidikan awam bagi membendung kes penipuan atas talian yang semakin berleluasa termasuk insiden terbaharu melibatkan seorang jururawat di Sibu yang kerugian lebih RM154,000.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata usaha melindungi rakyat daripada menjadi mangsa ‘scam’ atau penipuan memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan kementerian, jabatan, polis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita lihat bukan sahaja usaha kerajaan, malah agensi dan jabatan turut giat mendidik komuniti tentang bagaimana penipuan beroperasi dan naratif yang digunakan penjenayah ini. Di bawah kementerian, MPS menganjurkan ceramah kesedaran, manakala Jabatan Wanita juga melaksanakan program sama.

“PDRM sendiri banyak menjalankan taklimat dan NGO turut menjemput polis untuk memberi penerangan kepada masyarakat,” katanya pada sesi sidang media selepas mesyuarat Dana Amanah Sarawak (EFS) dan Penyerahan Cek MRP di Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pendedahan mengenai taktik ‘scammer’ perlu dilakukan secara berterusan kerana penjenayah ini sentiasa menggunakan skrip dan naratif baharu yang lebih meyakinkan bagi memperdaya mangsa.

“Kadang-kadang skrip yang digunakan begitu terancang. Kita pernah selamatkan anak Sarawak yang menjadi mangsa sindiket di Kemboja, dan mereka memang dilatih menggunakan skrip yang sangat meyakinkan,” ujarnya.

Fatimah menegaskan bahawa masyarakat perlu berhati-hati dan tidak mudah mempercayai tawaran atau dakwaan yang kedengaran ‘terlalu bagus untuk menjadi kenyataan’.

“Kalau ada sesuatu kedengaran terlalu baik jangan terus percaya. Termasuk kalau ada orang yang baru dikenali mengaku sayang, menjanjikan rumah atau wang. ‘Scammer’ tahu memilih mangsa, biasanya mereka yang kesunyian atau mudah terpengaruh,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat apa-apa transaksi kewangan mencurigakan.

“Banyak kes penipuan berlaku kerana mangsa bertindak bersendirian. Apabila wang simpanan sudah habis barulah mereka memberitahu keluarga. Jika dibincang awal, keluarga boleh menasihatkan dan membantu mengesahkan sama ada perkara itu benar atau tidak,” katanya.

Fatimah menegaskan bahawa walaupun pelbagai agensi boleh memberi amaran, kewaspadaan individu tetap menjadi benteng utama.

“Pada akhirnya, sasaran penipuan adalah kita sendiri. Bagaimana kita menapis naratif mereka itulah yang menentukan keselamatan kita,” tambahnya.

Terdahulu, seorang jururawat di Sibu dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM154,800 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dari Kelantan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia 30an menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan, dengan memberitahu nama dan nombor kad pengenalan mangsa digunakan dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM254,000.

“Panggilan itu disambungkan kepada beberapa individu lain yang turut menyamar sebagai pegawai polis dan mangsa diarahkan membuat pemindahan wang ke beberapa akaun kononnya bagi tujuan membersihkan nama.

Mangsa membuat lapan transaksi ke akaun pihak tidak dikenali antara 25 Februari hingga 11 Mei sebelum menyedari dirinya ditipu.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kampung Kaba berpotensi jadi pengeluar beras terkemuka Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.