Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan Sarawak perkenal UP-DLP sebagai penanda aras baharu selepas pemansuhan UPSR
  • PENDIDIKAN

Kerajaan Sarawak perkenal UP-DLP sebagai penanda aras baharu selepas pemansuhan UPSR

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Francis Harden Hollis turun padang melakukan pemantauan pelaksanaan UP-DLP bagi memberi sokongan moral kepada murid Tahun 6 serta warga sekolah yang terlibat. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) mengambil langkah proaktif menilai tahap kemampuan murid sekolah rendah selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan melaksanakan Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UP-DLP) 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis turun padang melakukan pemantauan pelaksanaan UP-DLP bagi memberi sokongan moral kepada murid Tahun 6 serta warga sekolah yang terlibat.

Di Sri Aman, dua sekolah menjadi lokasi lawatan beliau selama dua hari iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Undop yang melibatkan 12 murid, dan SK Saint Lawrence Sabu, Sri Aman dengan penyertaan 43 murid.

Ujian penilaian ini merangkumi tiga kertas utama menggunakan dwibahasa bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sebagai penanda aras baharu pencapaian murid. 

DATUK Francis Harden Hollis turun padang melakukan pemantauan pelaksanaan UP-DLP bagi memberi sokongan moral kepada murid Tahun 6 serta warga sekolah yang terlibat. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Ia bertujuan mengukur penguasaan akademik selaras dengan aspirasi pendidikan global serta hasrat Sarawak melahirkan generasi celik dwibahasa yang berdaya saing.

“UP-DLP bukan sekadar menggantikan UPSR, tetapi menjadi platform penting untuk kerajaan negeri memahami tahap sebenar kemampuan murid-murid Sarawak dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar,” ujar Harden, sambil menegaskan komitmen MEITD dalam memperkukuh intervensi pendidikan negeri.

Melaui inisiatif ini katanya, Sarawak menegaskan pendiriannya untuk tidak hanya bergantung kepada dasar persekutuan, tetapi turut menerajui pendekatan sendiri demi memastikan kualiti pendidikan negeri terus berada pada landasan terbaik.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin dan Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan Rendah MEITD, Irwan Sharkawi.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Guru SMK Methodist Sibu antara 10 guru finalis Malaysia Teacher Prize 2025
Next: Karnival Sukan Tingkatan Enam wadah bentuk ketahanan fizikal, mental, emosi pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.