Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak perkasa kontraktor tempatan melalui sumbangan jentera dan mesin
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak perkasa kontraktor tempatan melalui sumbangan jentera dan mesin

Utusan Sarawak 6 hours ago
PKMM Cawangan Negeri Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Ukas.

PETRA JAYA: Komitmen kerajaan Sarawak dalam memperkasa industri pembinaan negeri terus dizahirkan menerusi sumbangan jentera dan mesin kepada kontraktor tempatan, khususnya dalam kalangan Bumiputera, bagi meningkatkan keupayaan pelaksanaan projek.

Inisiatif tersebut disalurkan kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Cawangan Negeri Sarawak sebagai usaha memperkukuh kapasiti ahlinya agar lebih berdaya saing dan tidak terlalu bergantung kepada penyewaan peralatan daripada pihak luar.

Yang Dipertuanya, Dato’ Ismail Suut berkata, kemudahan itu bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan kerja, malah mampu menjamin kualiti pelaksanaan projek pembinaan yang diperoleh ahli persatuan.

“Langkah berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperkasa kapasiti kontraktor tempatan selaras dengan agenda pembangunan pesat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

ABANG Johari (duduk tengah) bersama kepimpinan PKMM Sarawak dan wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Institut Penyelidikan Industri Pembinaan Malaysia (CREAM) dalam perbincangan memperkukuh industri pembinaan negeri. Foto Ukas

Selain merakamkan penghargaan, kunjungan tersebut turut membuka ruang perbincangan strategik antara PKMM Sarawak dan kerajaan negeri mengenai hala tuju industri pembinaan, termasuk usaha memperkukuh penyertaan kontraktor tempatan dalam projek-projek pembangunan berskala besar.

Dalam pada itu, perbincangan turut menyentuh cadangan pembinaan bangunan baharu persatuan di Jalan Sultan Tengah yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat, tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri.

Turut hadir, Penasihat PKMM Sarawak, Dato Dr. Zaiedi Suhaili; Pengerusi Institut Penyelidikan Industri Pembinaan Malaysia (CREAM), Dato Ir Alhadi Ibrahim; Pengurus Besar Kanan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Suhaimi Mansor; Pengarah CIDB Negeri Sarawak, Ts. Br. Rosmen AG Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, Abdul Rahman Ahmad.

Continue Reading

Previous: PKR Sarawak perkukuh jentera hadapi PRN
Next: MBKS lanjut waktu operasi Taman Sahabat hingga tengah malam esok sempena Chap Goh Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.