Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak naik taraf Pejabat Daerah Saratok, bina baharu Pejabat Daerah Kecil Roban dan kuarters
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak naik taraf Pejabat Daerah Saratok, bina baharu Pejabat Daerah Kecil Roban dan kuarters

Utusan Sarawak 6 hours ago
 ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengiringi lawatan kerja rasmi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ke Pejabat Daerah Kecil Roban, semalam. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri memzahirkan rasa terima kasih dan syukur kepada kerajaan Sarawak atas usaha menaik taraf Bangunan Pejabat Daerah Saratok serta pembinaan baharu Pejabat Daerah Kecil Roban.

Menurut beliau, projek pembangunan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan sistem pentadbiran di peringkat akar umbi demi kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar.

“Bina baharu Pejabat Daerah Kecil Roban yang dilengkapi dengan kuarters kediaman kakitangan dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran serta mempertingkat mutu perkhidmatan kerajaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengiringi lawatan kerja rasmi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ke Pejabat Daerah Kecil Roban, di sini semalam bagi meninjau keperluan pembangunan serta memastikan setiap perancangan kerajaan negeri berjalan mengikut jadual demi kepentingan rakyat.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengiringi lawatan kerja rasmi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki ke Pejabat Daerah Kecil Roban, semalam. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata, kemudahan yang lebih selesa dan lengkap bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan Roban dan sekitarnya.

“Saya selaku ADUN Kalaka memzahirkan rasa terima kasih dan syukur kepada pihak Kerajaan Sarawak dalam menaik taraf Bangunan Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Daerah Kecil Roban ini,” tambahnya lagi.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas; Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee; Pegawai Daerah Betong, Laga Kueh; serta Pegawai Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM100,000 disalurkan kepada Saberkas Cawangan Bukit Kota bagi 2026
Next: ADUN Krian santuni penduduk, salur RM200,000 baik pulih rumah panjang tradisional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.