Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak lulus 1,064 jawatan ketua kaum
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak lulus 1,064 jawatan ketua kaum

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK MU… Ketua Masyarakat Sri Aman sedang menyampaikan cenderamata berupa potret Ketua Menteri kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sambil disaksikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan tetamu lain pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Simanggang, Isnin lepas.

SIMANGGANG: Sejumlah 1,064 jawatan Ketua Kaum (KK) dilulus oleh kabinet Kerajaan Sarawak tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, pelantikan jawatan baharu itu melibatkan Ketua Kaum terutama sekali Tuai Rumah yang memimpin kurang daripada 20 buah keluarga di rumah panjang masing-masing.

“Pejabat Residen di setiap bahagian mengemukakan laporan kepada kita terdapat Tuai Rumah yang masih belum mendapat sijil jawatan tersebut walaupun memimpin kurang daripada 20 keluarga.

“Walaupun tidak mempunyai sijil, Tuai Rumah berkenaan dilihat tetap hadir pada mesyuarat melibatkan jawatan tersebut selain turut hadir pada mesyuarat melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Uggah berkata perkara berkenaan telah dikemuka dalam mesyuarat kabinet Kerajaan Sarawak dengan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang akhirnya melulus pelantikan jawatan itu demi kepentingan rakyat.

Selain itu beliau ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini pada Isnin lepas juga dimaklumkan tentang isu kepimpinan Penghulu di kawasan penempatan kaum Cina dan Melayu.

“Saya telah dimaklumkan terdapat Penghulu yang terpaksa mentadbir antara 200 hingga 400 buah keluarga termasuk Ketua Kaum di penempatan kaum Cina dan Melayu sehingga ia menjadi satu beban buat mereka.

“Atas sebab itu kita memutuskan untuk menubuh satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menimbang cadangan kepada kabinet Kerajaan Sarawak bagi menyelesaikan masalah tersebut,” kata beliau.

Uggah turut memberitahu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah akan dilantik untuk mengetuai jawatankuasa berkenaan.

“Bagaimanapun Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat yang sudah dilantik untuk memegang jawatan haruslah memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan bagi memimpin rakyat di kawasan mereka.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di salah sebuah hotel di sini dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Seramai 35 Ketua Kaum dan tujuh Ketua Masyarakat dari kawasan Bahagian Sri Aman menerima sijil watikah pelantikan masing-masing daripada Ketua Menteri pada majlis itu.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti, Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pembangunan dan Perindustrian, Datuk Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dan Residen Sri Aman, Indit Bangai juga hadir.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Abang Jo terima kunjungan hormat Dato’ Sri Wan Junaidi
Next: Dewan, padang SMK Tinjar dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.