Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan Sarawak komited perkasa pendidikan anak muda
  • PENDIDIKAN

Kerajaan Sarawak komited perkasa pendidikan anak muda

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHNIAH….Lau (empat kiri) menyampaikan Anugerah Pencapaian Cemerlang Kokurikulum Olahragawan kepada adik Cassidy. Turut kelihatan, Hipnee (tiga kiri) serta yang lain.

SIBU: Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan setiap anak muda di negeri ini berpeluang belajar, berkembang dan mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, pendidikan merupakan pelaburan penting yang perlu diberi keutamaan demi masa depan generasi muda.

“Ketika kita meraikan kecemerlangan anda pada pagi ini, harus ingat ini bukan garisan penamat.

Ini adalah detik permulaan untuk teruskan belajar, memburu impian dan teruskan membanggakan SMK Rosli Dhoby serta Sibu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby di Dewan MUC, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan yang juga ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Kevin Lau Kor Jie.

ANUGERAH KHAS……Lau (dua kiri) menyampaikan Anugerah Kokurikulum Pendidikan Khas kepada adik Muhamad Haqimie.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berkata, disiplin dan ketabahan yang ada pada seorang pelajar akan membawa mereka melangkah lebih jauh dalam kehidupan walaupun setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan.

Katanya, disiplin dan ketabahan itu juga memastikan pengorbanan mereka selama ini menerima balasan yang sewajarnya.

“Apabila saya melihat anda semua, pelajar lelaki dan wanita muda dengan pakaian seragam sambil duduk di sebelah ahli keluarga dengan rasa bangga, saya bukan hanya melihat seorang pelajar. Saya melihat seorang jurutera, guru, usahawan, artis dan pemimpin masyarakat masa depan.

“Hari ini bukan sahaja tentang menerima anugerah, sebaliknya tentang mengenali potensi yang terserlah pada semua pelajar di dewan ini,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan seorang pelajar itu juga atas sokongan seorang guru yang telah memainkan peranan menjadi arkitek, yang tidak pernah penat mendidik, memberi inspirasi, membetulkan dan mengambil berat.

“Kepada ibu bapa, sokongan anda adalah segala-galanya. Dari makanan yang diberikan, kata-kata semangat dan pengorbanan yang dilakukan, mereka adalah insan disebalik bagi setiap anugerah yang diberikan hari ini,” kata beliau.

Sementara itu, adik Mohamad Alif Aiman Abdul Manap telah menerima Anugerah Khas Rosli Dhoby sementara adik Muhamad Haqimie Abdullah menerima Anugerah Kokurikulum Pendidikan Khas.

Anugerah Pencapaian Cemerlang Kokurikulum Olahragawan dan Olahragawati masing-masing diberikan kepada adik Cassidy Bentley John dan adik Jeannette Loo Ae Jea, manakala adik Reiko Wong Ke Shin pula menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.

Turut hadir, Pengetua SMK Rosli Dhoby, Hipnee Piee, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Christcharlynn Anthony serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), ASP Sakius Linggang.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Nancy gesa tubuh pasukan pakar AI dan NI segera untuk kanak-kanak
Next: Komitmen sekolah dan ibubapa dipuji dalam pemartabatan pendidikan al-Quran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.