Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak komited laksana pembangunan seimbang
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak komited laksana pembangunan seimbang

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama tetamu kehormat menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Kerajaan Sarawak komited untuk melaksanakan pembangunan secara seimbang dan inklusif di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pendekatan sedemikian penting bagi mengelakkan jurang ketidaksamarataan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Kita tidak mahu wujud fenomena ‘development of under development’ di mana sesetengah kawasan membangun pesat manakala yang lain terus ketinggalan. 

“Kita mahu setiap kawasan sama ada bandar, pinggir bandar atau luar bandar dapat menikmati kemajuan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel malam tadi.

Menurut Awang Tengah, peningkatan pendapatan isi rumah tidak dapat bergantung semata-mata kepada bantuan, sebaliknya memerlukan strategi jangka panjang yang merangkumi penciptaan peluang pekerjaan, galakan keusahawanan serta pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas.

“Pembangunan kita bukan sekadar membina bangunan atau jalan raya. Ia tentang membina masa depan rakyat bagi memastikan mereka berdikari dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Beliau menambah, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus menggandakan usaha membawa kemajuan dan pembangunan ke seluruh kawasan di Sarawak.

Tambahnya, ia termasuk menerusi projek jaringan jalan luar bandar, bekalan elektrik, air bersih dan internet berkelajuan tinggi.

Beliau berharap rakyat Sarawak terus bersatu dan mempertahankan perpaduan demi menjayakan agenda pembangunan negeri.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tambah baik garis panduan mitigasi, kurangkan risiko banjir
Next: STEM CATALYSTS tarik minat belajar generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.