Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak komited bangunkan kebajikan rakyat
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak komited bangunkan kebajikan rakyat

Utusan Sarawak 1 day ago
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar memotong kek sebagai simbolik Program Jiwa@Komuniti MADANI sambutan perayaan komuniti MADANI Kampung Sungai Laru di sebuah hotel terkemuka semalam. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat wilayah ini terutamanya dalam soal memastikan pembangunan menyeluruh di Bumi Kenyalang ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, belanjawan tahun ini menyaksikan hampir RM16 bilion dibelanjakan untuk tujuan pembangunan.

“Tiada kerajaan seperti kerajaan Sarawak yang menjaga kesusahan rakyat dengan harapan untuk menyenangkan rakyat melalui projek-projek pembinaan jalan raya, jambatan serta projek-projek besar demi pembangunan di Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jiwa@Komuniti MADANI sambutan perayaan komuniti MADANI Kampung Sungai Laru di sebuah hotel terkemuka semalam.

Tambahnya, kerajaan Sarawak juga prihatin dalam isu-isu keagamaan dan budaya.

Jelasnya, agama Islam merupakan agama rasmi di negeri ini namun penganut agama lain bebas untuk menjalankan ibadah agama mereka yang tersendiri.

Katanya, keharmonian Sarawak adalah sesuatu yang perlu dibanggakan dan dipertahankan oleh anak negeri ini.

Malah tegasnya, kerajaan Sarawak juga memberi layanan yang sama rata kepada semua bangsa dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara kaum.

“Sebagai contoh bangsa Iban dan Melayu, bagi saya bangsa Iban sama saja dengan Melayu, ‘nadai niki pinang, nadai niki nibong’, kita semua sama rata.

“Apa yang diberikan kepada masyarakat Melayu, itu jugalah yang diberikan kepada masyarakat Iban,” ujarnya. – EDISI UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kemahiran asas menyelamat nyawa wajar dimiliki setiap anggota komuniti
Next: Program Derma Darah tingkat kesedaran masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.