Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sarawak cadang wujudkan laluan penerbangan terus Kuching – Phnom Penh
  • SEMASA

Kerajaan Sarawak cadang wujudkan laluan penerbangan terus Kuching – Phnom Penh

Utusan Sarawak 5 months ago
PERBINCANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, mengadakan perbincangan semasa kunjungan hormat di Kemboja, hari ini.

PHNOM PENH (Kemboja): Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan laluan penerbangan terus antara Kuching dan Phnom Penh, Kemboja, sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri.

“Apabila kita mengambil alih syarikat penerbangan, kita akan berusaha untuk merapatkan hubungan dengan Kemboja. Negara ini kaya dengan warisan sejarah, begitu juga Sarawak.

“Oleh itu, laluan penerbangan Kuching ke Phnom Penh yang hanya memakan masa lebih kurang dua jam sangat berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, di Kemboja, hari ini.

Sebelum itu, Abang Zohari turut menghadiri majlis pembukaan Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Ke-20.

Abang Johari turut memaklumkan, Kemboja merancang untuk mewujudkan kawasan industri halal yang mampu membuka peluang kerjasama dengan Malaysia, khususnya Sarawak.

“Kita akan cuba bergabung tenaga dalam industri makanan. Kemboja, sebagai salah satu pengeluar utama beras, mungkin dapat membantu kita mendapatkan benih padi berkualiti untuk memperkasa industri padi di Sarawak.

“Kerjasama ini juga dapat melibatkan perkongsian teknologi bagi meningkatkan hasil pertanian,” ujarnya.

Turut hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, Setiausaha Kehormat RISEAP Dato Mohamad Marzuki Mohamad Omar, dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program sukarelawan perkasa belia selain PLKN  
Next: Program Miss SHOPhia Shopping Hunt 6.0 semarakan aktiviti MYES

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.