Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan Sarawak beri bayangan pendidikan percuma berpotensi diperluas ke universiti awam -Premier Sarawak
  • PENDIDIKAN

Kerajaan Sarawak beri bayangan pendidikan percuma berpotensi diperluas ke universiti awam -Premier Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak memberi bayangan bahawa inisiatif pendidikan percuma di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) berpotensi diperluaskan kepada anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti awam pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendidikan percuma merupakan antara asas penting dalam melahirkan tenaga kerja berpandangan jauh, selain membolehkan anak Sarawak mendapat latihan dan ilmu yang diperlukan untuk memenuhi keperluan ekonomi masa depan.

“Buat masa sekarang inisiatif pendidikan percuma ini kita memang fokus untuk universiti milik Sarawak dahulu.

“Kemudian kita tengok bagaimana perkembangan pendapatan kita Sarawak, dan mungkin nanti kita akan cari jalan untuk bagi bantuan kepada anak kita yang belajar di universiti awam kepunyaan Malaysia, ini untuk peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) mula dilaksanakan pada awal 2026 dan kini meliputi pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik negeri termasuk Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak; Universiti Curtin Malaysia; Universiti Teknologi Sarawak (UTS); serta Kolej Universiti i-CATS.

Skim tersebut merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan negeri dalam memperkasa modal insan tempatan, dengan fokus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan keperluan industri dan ekonomi baharu Sarawak.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Sarawak salur RM150 juta perkukuh bidang astronomi
Next: Pendidikan aset masa depan, bina kehidupan ummah lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.