Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan Sarawak bantu golongan petani
  • BISNES

Kerajaan Sarawak bantu golongan petani

Utusan Sarawak 4 years ago
WAKIL Pengurus Besar PPK Kalaka, Japar Amin menyerahkan 1,241 kg tembikai kepada Mohd Chee Kadir sebelum diagihkan kepada orang awam di sekitar Kabong, semalam.

KABONG: Kerajaan Sarawak menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalaka membeli 1,241 kilogram (kg) tembikai daripada pekebun sekitar daerah ini dalam usaha memasarkan lambakan hasil tanaman yang telah terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, isu lambakan hasil pertanian ini bukan sahaja berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, tetapi dari awal pelaksanaan PKP tahun lepas lagi.

“Difahamkan, Kerajaan Sarawak telah membelanjakan sejumlah RM1.5 juta untuk membeli hasil pertanian bagi membantu golongan petani yang berdepan masalah lambakan hasil pertanian.

“Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah atau MANRED) telah memberi peruntukan kepada Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak untuk membeli hasil pertanian ini untuk dijual atau disumbangkan kepada masyarakat setempat,” semasa melakukan penyerahan hasil lambakan buan tembikai daripada PPK Kalaka dekat sini semalam.

Chee Kadir berkata Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong kemudiannya mengagihkan tembikai itu kepada penduduk setempat di sekitar Kabong.

“Langkah ini berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi pekebun kecil yang terjejas berikutan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka sepanjang tempoh PKP baru-baru ini,” ujarnya.

Chee Kadir berkata pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia telah memaksa kerajaan baru-baru ini sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negara kita bermula 12 Mei lalu sehingga telah menjejaskan golongan petani, pekebun dan nelayan yang bergantung kepada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Namun katanya lagi, Kerajaan Sarawak begitu prihatin dengan kebajikan petani dan nelayan di negeri ini sehingga melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mengumpul dan membeli hasil petani melalui Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) agar para petani tidak hilang punca pendapatan sepanjang tempoh PKP.

“Dengan adanya inisiatif seperti ini, ia sedikit sebanyak telah dapat mengurangkan kerugian kepada warga tani yang terjejas akibat tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka selepas kerajaan mengambil langkah drastik bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di negara kita.

“Justeru inisiatif ini dapat membantu golongan itu dalam keadaan sekarang pekebun-pekebun yang mengalami lambakan hasil yang tidak boleh di jual di pasaran,” tegasnya.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Menangi hadiah, langgan e-Bill Sarawak Energy
Next: PCG catat keuntungan RM1.9 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.