Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak ambil alih semua bekas jalan balak – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak ambil alih semua bekas jalan balak – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran MMMLL di Marudi, hari ini. Foto UKAS. Foto UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengambil alih semua bekas jalan balak yang menghubungkan rumah panjang dan kampung di negeri itu untuk diwartakan sebagai jalan awam tanpa bayaran, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata sebuah pasukan petugas khas di bawah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri sudah dibentuk untuk menyelaras proses pengambilalihan serta memastikan laluan tersebut dinaik taraf untuk kemudahan penduduk luar bandar.

Inisiatif tersebut, menurut beliau penting bagi menyelesaikan masalah akses penduduk yang perlu bergantung kepada bekas jalan balak yang tidak terjamin keselamatan dan memerlukan kebenaran pemilik konsesi balak untuk digunakan.

KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran MMMLL di Marudi, hari ini. Foto UKAS

“Jadi rakyat juga senang kerana ia (bekas jalan balak) akan menjadi laluan kepada jalan utama. Menjelang 2030, kita mahu perkara ini selesai dan dapat digunakan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Jalan Raya Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (MMMLL) di Marudi hari ini.

Selain itu, Abang Johari turut menyentuh pendekatan baharu kejuruteraan jalan raya dilaksanakan di negeri itu melalui Projek MMMLL yang menggunakan teknologi moden dalam kawasan mencabar. 

Beliau berkata pendekatan pembinaan jalan baharu merangkumi penggunaan jalan bertingkat yang membolehkan kerja pembinaan dilakukan di kawasan tanah lembut atau gambut tanpa menjejaskan keadaan tanah serta bentuk muka bumi.

“Kita sudah buat di utara, di Limbang serta Lawas, dan kita laksanakan juga di kawasan MMMLL,” katanya. 

Abang Johari berkata teknologi jalan bertingkat itu dilaksanakan di kawasan strategik yang memerlukan kaedah pembinaan lebih tahan dan sesuai dengan keadaan geografi setempat.

Beliau berkata teknologi Pemodelan Maklumat Lebuh Raya (HIM) turut digunakan bagi mensimulasikan reka bentuk jalan dalam komputer sebelum pembinaan fizikal dimulakan, yang membolehkan angin, hujan dan topografi dinilai dengan lebih tepat untuk memastikan ketahanan struktur.

“Ini teknologi yang kita gunakan kerana Sarawak akan menjurus kepada negeri menggunakan teknologi,” katanya. 

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: AIFFA 2025: Sukarelawan belia Sarawak raih pengalaman dunia sebenar
Next: Sarawak tangani dadah secara holistik melalui Jawatankuasa Sehenti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.