Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak akan bina 20,000 unit rumah mampu milik – Premier Sarawak
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak akan bina 20,000 unit rumah mampu milik – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 14 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Persidangan Ekonomi Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka, Kuching, hari ini. Foto Masrin Affirah

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina  20,000 unit rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026–2030).

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, langkah  itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Perkara ini bagi memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mempunyai akses kepada kediaman selesa dan berkualiti.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Sarawak, sebanyak 20,000 unit rumah mampu milik akan dibina bagi meningkatkan akses kepada perumahan dan memastikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Ekonomi Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan projek perumahan melalui pendekatan berasaskan hasil (results-based governance) bagi memastikan setiap ringgit dibelanjakan memberi impak nyata kepada rakyat.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hope Place bantu kanak-kanak tujuh tahun terlantar akibat masalah perkembangan global
Next: Projek Jambatan Kedua Sungai Krian RM122 juta dijangka ditender awal 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.