Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Sabah batalkan sambutan Hari Malaysia malam esok, tumpu tangani bencana
  • SEMASA

Kerajaan Sabah batalkan sambutan Hari Malaysia malam esok, tumpu tangani bencana

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di sini, malam esok berikutan bencana yang sedang melanda negeri ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bencana yang berlaku akibat hujan berterusan telah menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.

Beliau berkata keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.

“Saya telah memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengenai perkara itu.

“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

DAERAH Penampang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya baru-baru ini.

Hajiji berkata beliau juga mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia untuk tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah susulan cuaca buruk yang berpanjangan.

Beliau berkata JPBN Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah-daerah terlibat.

“Orang ramai dinasihat supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Alunan tradisi, melodi perpadun OTM Istana Budaya bakal gamatkan sambutan Hari Malaysia
Next: Perkukuh semangat perpaduan, kekalkan keharmonian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.