Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan Pusat salur RM34.3 juta kepada pelabuhan kontena
  • BISNES

Kerajaan Pusat salur RM34.3 juta kepada pelabuhan kontena

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat telah menyalurkan RM34.3 juta kepada Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar di sini bagi meningkatkan kemudahan prasarana di pelabuhan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM1.027 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11).

Beliau berkata, bagi RMK-12 pula kos projek pembangunan di pelabuhan itu akan dimuktamadkan apabila RMK-12 akan dibentangkan nanti.
“Sabah mempunyai matlamat untuk menggalakkan lebih banyak lagi ‘shipping line’ singgah di sini supaya Pelabuhan Sepanggar ini menjadi salah satu pusat ‘transshipment’ dalam Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA) yang sudah pasti memerlukan peruntukkan bagi memajukan kemudahan di pelabuhan.

“Oleh itu hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan negeri penting dalam perkara ini dan Kerajaan Pusat telah banyak membantu untuk menjayakan rancangan membesarkan Pelabuhan Sepanggar bagi memajukan kemudahan yang terdapat di pelabuhan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat projek pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Sabah Port Sdn Bhd di Wisma Sabah Port, di sini semalam.

Mustapa berkata, Pelabuhan Sepanggar mempunyai potensi untuk berkembang maju kerana kedudukan Sabah berhampiran dengan beberapa negara besar dirantau ini termasuk China, Jepun dan bakal ibu negara Indonesia yang baharu iaitu Kalimantan.

Beliau juga turut meminta SEDIA supaya mempastikan industri-industri lain yang boleh dimajukan seperti industri biomass agar dapat dipercepatkan pelaksanaannya di negeri ini.

Mustapa berkata, perbincangan bersama kerajaan negeri juga akan diadakan bagi mencari kaedah inovatif dan kreatif untuk mengatasi masalah kadar kemiskinan di Sabah.

“Perlu wujud kerjasama erat bagi membolehkan kita bersama-sama memajukan seluruh Malaysia dalam konteks Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) iaitu pembangunan secara inklusif,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: Hornbill Network fokus pembangunan hartanah
Next: Eksport kayu Malaysia berjumlah RM22.5 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.