Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan peruntuk RM190 juta untuk 13 projek perumahan nelayan seluruh negara
  • NASIONAL

Kerajaan peruntuk RM190 juta untuk 13 projek perumahan nelayan seluruh negara

Utusan Sarawak 11 hours ago
FOTO BERNAMA.

LUMUT: Sebanyak RM190 juta diperuntukkan bagi pembinaan 13 Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di seluruh negara, yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil berkata lapan daripada projek berkenaan telahpun diduduki, manakala lima lagi dalam proses tindakan lanjut.

“Pembinaan semua projek perumahan nelayan ini melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Lima lagi projek yang masih dalam tindakan susulan sedang dilaksanakan dan kita harapkan ia akan disiapkan mengikut sasaran,” katanya ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Arena Terbuka Teluk Gadung, Pulau Pangkor di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Zolkafly Harun

Sebanyak 139 unit kediaman dengan peruntukan berjumlah RM24.4 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan projek yang bermula pada 2014. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 90 unit diserahkan pada 2019 dan 2022, manakala 49 unit lagi diserahkan hari ini kepada penerima yang layak.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faiz berkata LKIM menafikan wujud penyalahgunaan jeti LKIM oleh bot asing atau syarikat swasta, yang berpotensi mengganggu gugat pendapatan nelayan-nelayan kecil.

Beliau berkata sebaliknya, jeti yang didakwa disalah guna itu disewakan kepada pengusaha tempatan bagi Projek Pemprosesan Hasil Laut (PPHP), untuk memastikan fasiliti digunakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada pengusaha tempatan.

“Tak timbul sebenarnya isu penyalahgunaan jeti ini, kerana ada beberapa kemudahan ini yang bersambung dengan projek PPHP. Jadi, untuk memastikan jeti tersebut dioptimumkan, kita sewakan kepada mereka yang layak.

“Ini juga antara strategi meningkatkan hasil pendapatan negara berasaskan sumber perikanan melalui pelbagai kaedah,” katanya.

Pada 19 Nov, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata pemantauan terhadap penggunaan jeti dilakukan secara berterusan melalui kerjasama LKIM negeri, persatuan nelayan kawasan dan pihak berkuasa tempatan, bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan, termasuk melibatkan bot swasta atau pencerobohan yang menekan pengusaha kecil.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Wanita dihalang masuk IPD: Nancy gesa pendekatan belas kasihan dalam penguatkuasaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.