Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan pertimbang longgar syarat import kekang kenaikan kos bahan binaan
  • BISNES

Kerajaan pertimbang longgar syarat import kekang kenaikan kos bahan binaan

Utusan Sarawak 2 days ago
KERAJAAN tidak menolak kemungkinan melonggarkan syarat import sekiranya langkah itu diperlukan bagi memastikan kos bahan binaan kekal rendah dan tidak membebankan rakyat.

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan melonggarkan syarat import sekiranya langkah itu diperlukan bagi memastikan kos bahan binaan kekal rendah dan tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu akan diteliti sekiranya kenaikan harga oleh pemain industri terus memberi tekanan kepada kos pembangunan dan sara hidup.

“Oleh itu, kita harus teliti kalau ini diteruskan… kita terpaksa melonggarkan syarat import… kalau ada import lebih murah, mungkin kerana nak menyelamatkan dan memastikan kos lebih rendah,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata pendirian itu diambil bagi melindungi kepentingan rakyat khususnya dalam memastikan kos pembangunan seperti perumahan mampu milik dan projek kos rendah tidak terus meningkat.

Perdana Menteri juga berkata terdapat beberapa isu berkaitan kenaikan harga barangan yang telah dibincangkan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti kartel ayam serta telur.

Beliau berkata apabila kerajaan bercadang menarik balik bantuan pengapungan, terdapat dakwaan bahawa harga akan meningkat namun kerajaan telah mengadakan rundingan dengan pihak kartel dan menegaskan bahawa mereka tidak boleh mengugut kerajaan untuk menambah peruntukan sekiranya mencatat keuntungan.

“Tiap tahun kita belanja RM1.2 bilion untuk bantu supaya kos ayam terkawal… tahun lepas, kita ambil keputusan berani, kita tarik balik bantuan itu… Alhamdulillah, harga ayam kekal tidak naik.

“Jadi dengan semangat ini, saya telah maklum kepada menteri-menteri berkenaan… ini termasuk umpamanya harga besi, keluli dan simen… kartel-kartel juga kena faham, tidak siapa yang nak menghalang mereka daripada mencatat keuntungan.

“Tetapi naik harga besi, keluli dan simen akan menyebabkan harga pembangunan naik termasuk kos bangunan rumah mampu milik serta kos rendah,” katanya.

Perhimpunan itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. -Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan e-Invois dilanjutkan setahun bagi syarikat jualan RM1-RM5 juta
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila permintaan mata wang selamat menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.