Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan Persekutuan, Sarawak hampir muktamad perjanjian Petronas-Petros – Anwar
  • SEMASA

Kerajaan Persekutuan, Sarawak hampir muktamad perjanjian Petronas-Petros – Anwar

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis penyerahan cek susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong, Bintulu hari ini.

BINTULU: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak kini berada di peringkat akhir untuk memuktamadkan perjanjian melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beberapa perkara utama telah dipersetujui hasil rundingan yang dijalankan secara berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak.“Saya sedar terdapat keresahan berhubung perbincangan antara Petronas dan Petros.

“Namun, rundingan yang diadakan bersama Premier Sarawak serta penglibatan Timbalan Perdana Menteri adalah bagi memastikan penyelesaian yang dicapai memberi manfaat kepada semua pihak termasuk Persekutuan, Sarawak, Petronas dan Petros.

“Walaupun perbincangan melibatkan dua syarikat besar ini mengambil masa, prinsip asas telah dipersetujui bersama dan beberapa perkara pokok kini telah dimuktamadkan.

“Saya berharap perjanjian antara Petronas dan Petros dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek susulan penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri di Menara Kidurong di sini, hari ini.

Anwar berkata, pendekatan yang diambil dalam rundingan berkenaan adalah berasaskan semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak bagi memastikan kepentingan semua pihak terus terpelihara.

Katanya, penyelesaian yang dicapai kelak dijangka memperkukuh kerjasama strategik sektor tenaga serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan Sarawak.

Untuk rekod, petisyen Sarawak difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 15 Januari 2026 lalu bagi mendapatkan tafsiran dan kepastian undang-undang mengenai bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan, selaras dengan hak negeri di bawah MA63.

Sementara keputusan mahkamah sebelum ini berkaitan kes Petros-Petronas adalah berpunca daripada tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta di bawah Perjanjian Jual Beli Gas Sarawak 2020 (SGSA) antara Petros dan Petronas.

Mahkamah hanya memutuskan isu pelaksanaan jaminan bank berdasarkan sifat kontraktual instrumen tersebut, tanpa menyentuh kesahan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016), Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) mahupun pertikaian kuasa perundangan yang lebih luas.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Penyerahan Pelabuhan Bintulu antara pencapaian signifikan MA63 – Mustapha
Next: Rundingan berterusan bawa kejayaan penyerahan Pelabuhan Bintulu – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.