Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Persekutuan, negeri sentiasa berunding cari titik persefahaman – Fadillah
  • NASIONAL

Kerajaan Persekutuan, negeri sentiasa berunding cari titik persefahaman – Fadillah

Utusan Sarawak 6 months ago

Fadillah (kanan) pada sesi Townhall Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang turut dihadiri Anwar hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata tujuan utama lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri-negeri adalah untuk  bertemu dengan pemimpin tempatan dan mendengar taklimat tentang apa sahaja perkara berbangkit di negeri terbabit.

“Taklimat itu akan membincangkan pendekatan Kerajaan Persekutuan dan mendapat maklum balas dari kerajaan negeri, dari segi projeknya, pelaksanaannya, apa lagi kelemahannya,” katanya pada sesi Townhall Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang turut dihadiri Anwar di sini hari.

Beliau berkata pendekatan rundingan itu diadakan sehingga satu persetujuan diperoleh antara kerajaan negeri dan Persekutuan sebelum ia dilaksanakan, selain menyelesaikan permasalahan yang timbul secara bersama.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak berkata pendekatan diambil Perdana Menteri telah mengeratkan lagi hubungan di antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.

Berkenaan persepsi masalah hubungan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tertentu yang sering digembar-gemburkan, Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua pihak sentiasa mengadakan perbincangan bersama dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Sebab itu ada perbincangan dilakukan. Dalam konteks Sabah dan Sarawak ada MA63 (Perjanjian Malaysia), ada jawatan teknikal dan banyak perkara dipersetujui telah dapat dilaksanakan. 

“Sudah pasti masih ada perkara yang belum dipersetujui. Suara-suara itu masih berlaku di Sabah dan Sarawak, tapi kita sentiasa mendengar serta mencari jalan menyelesaikan,” katanya.

Fadillah turut memaklumkan terdapat perkara memerlukan masa untuk mencapai penyelesaian kerana perlu diperhalusi terlebih dahulu terutamanya berkaitan tafsiran undang-undang yang berbeza antara negeri dan Persekutuan.

“Ini termasuklah peruntukan dalam keadaan negeri-negeri itu sendiri, sebab setiap negeri ada hak diperuntukkan, asalkan kita dalam lingkungan perlembagaan perundangan. Insya-Allah, Malaysia akan kekal utuh, kestabilan terjamin untuk membangunkan negara,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kestabilan politik, dasar jelas faktor kejayaan Kerajaan Madani – PM Anwar 
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri, KL dan Putrajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.