Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak runding semakan pemberian khas tahun ini
  • NASIONAL

Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak runding semakan pemberian khas tahun ini

Utusan Sarawak 14 hours ago

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan mengadakan rundingan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak tahun ini bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata ia bagi merumuskan kaedah baharu yang menentukan perkiraan pemberian khas pada masa depan dengan mengambil kira pertimbangan keperluan kerajaan negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan selaras dengan peruntukan Perkara 112D.

Mengenai pemberian khas kepada kerajaan negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan bagaimanapun meneruskan proses rundingan bersama kerajaan negeri berkenaan pada 17 Novmber 2025 dan 28 Januari 2026 bagi melaksanakan semakan semula amaun pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Ia mengambil kira pertimbangan keperluan kerajaan negeri Sabah berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan,” kata MOF melalui jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan dalam laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Rodiyah Sapiee [GPS-Batang Sadong] mengenai status terkini pemuktamadan formula pemberian khas baharu kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan komited untuk memuktamadkan rundingan dalam garis masa yang ditetapkan.

Ia termasuk garis masa pelaksanaan serta komitmen kerajaan Persekutuan terhadap prinsip keadilan fiskal sebagaimana diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.- Bernama

Continue Reading

Previous: Azam Baki nafi miliki sebarang saham, akaun dagangan kini kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.