Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, elak gangguan dan ketirisan
  • SEMASA

Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, elak gangguan dan ketirisan

Utusan Sarawak 16 hours ago
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ditemui media selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih Jualan Madani di Dewan Serbaguna Kampung Bratan, Puncak Borneo, malam ini.

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan kekal mencukupi dengan tumpuan diberikan kepada pengukuhan rantaian bekalan bagi mengelakkan gangguan dan ketirisan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah penguatkuasaan dipertingkatkan melalui Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof.

Menurutnya, walaupun sumber bekalan mencukupi, sebarang ketirisan dalam rantaian pengedaran boleh menjejaskan kestabilan bekalan kepada rakyat.

“Kerajaan memberi perhatian serius untuk memastikan bekalan yang ada benar-benar sampai kepada golongan sasar tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata, isu kekurangan bekalan yang berlaku sebelum ini adalah terpencil dan kebanyakan berpunca daripada gangguan logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan, depot dan stesen.

“Bekalan sebenarnya ada, tetapi terdapat kekangan dari segi penghantaran yang menyebabkan gangguan sementara di beberapa kawasan,” jelasnya.

Tambah beliau, situasi tersebut berjaya ditangani dalam tempoh singkat hasil kerjasama antara kerajaan dan pihak industri.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada KPDN sekiranya terdapat premis yang mengalami kekurangan bekalan.

Katanya, tindakan segera akan diambil bagi memastikan bekalan kembali stabil di kawasan terlibat.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 7.38 juta transaksi PJRM, bukti keberkesanan intervensi kos sara hidup
Next: Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan 10 negeri hingga 4.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.