Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan, peruntukan bantuan bencana Sarawak dijangka meningkat tahun ini
  • TEMPATAN

Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan, peruntukan bantuan bencana Sarawak dijangka meningkat tahun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Nancy Shukri ditemui media selepas majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Dewan Kampung Buntal, Santubong.

SANTUBONG: Kerajaan menjangkakan peningkatan peruntukan bantuan bencana di Sarawak sehingga 15 peratus pada 2026, susulan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu serta keperluan kesiapsiagaan berterusan bagi melindungi kebajikan rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, berkata bagi 2025, perbelanjaan bantuan bencana di Sarawak telah mencecah RM12.3 juta, manakala perbelanjaan peringkat nasional pula berjumlah RM49.17 juta.

Menurut beliau, bantuan tersebut disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan pelbagai bentuk sokongan termasuk bantuan kewangan, keperluan asas kecemasan serta bantuan pemulihan pascabencana.

“Memasuki 2026, bantuan telah mula disalurkan dan kita menjangkakan peningkatan perbelanjaan berikutan kesinambungan bantuan dari tahun sebelumnya serta faktor cuaca yang sukar dijangka,” katanya selepas majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KPWKM di Dewan Kampung Buntal, Santubong.

Beliau menjelaskan, walaupun kerajaan berharap kejadian bencana dapat diminimumkan, realiti perubahan iklim memerlukan kerajaan sentiasa bersiap siaga dari segi kewangan dan pengurusan bantuan.

“Kita tidak berharap berlaku peningkatan bencana, namun perancangan awal amat penting supaya bantuan kepada rakyat dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan apabila diperlukan,” katanya.

Kerajaan komited untuk memastikan bantuan bencana terus dilaksanakan secara bersasar, tersusun dan mampan, khususnya bagi melindungi golongan rentan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Kerajaan salur sokongan kebajikan susulan kes kematian pasangan suami isteri di Sri Aman
Next: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.