Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan perketat kawalan keselamatan fasiliti LNG di Bintulu – MKN
  • NASIONAL

Kerajaan perketat kawalan keselamatan fasiliti LNG di Bintulu – MKN

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO kredit Petronas.

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan semua fasiliti Liquefied Natural Gas (LNG) atau gas asli cecair di Bintulu, Sarawak untuk memperketat kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman keselamatan terhadap fasiliti berkenaan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu bagi membolehkan pihak keselamatan dan agensi berkaitan melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman itu.

“Orang ramai diingatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap kenyataan ini. Perkembangan mengenai situasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MKN memaklumkan agensi keselamatan negara kekal bersedia berdepan sebarang kemungkinan dan telah mengambil langkah kawalan terhadap ancaman keselamatan tersebut.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Dato Wee kongsi kejayaan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO
Next: Malaysia ada lebih 4,100 pusat pengecasan EV seluruh negara – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.