Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan negeri tidak pinggirkan mana-mana agama
  • TEMPATAN

Kerajaan negeri tidak pinggirkan mana-mana agama

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Paulus Palu Gumbang serius dalam memastikan projek NRDA di kawasan Batu Danau berjalan lancar.

LIMBANG: Projek Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) di bawah kerajaan negeri bukan saja dilaksana di kawasan bandar, tetapi meliputi  kawasan luar bandar  memberi manfaat kepada masyarakat di luar bandar.

Justeru semua projek ini perlu dipantau agar dapat disiapkan mengikut tempoh masa ditetapkan agar impaknya dapat dinikmati dan mampu mengubah kehidupan rakyat untuk lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, projek NRDA dan projek pembangunan lain yang telah dilawati olehnya khususnya di kawasan luar bandar dan rumah panjang di Batu Danau berjalan lancar.

Beliau yang ditemui media ketika memantau projek NRDA dan projek pembangunan di Rumah  Sing  Badol, Kampung Karangan Ma dan Rumah  Jalin  Jumarang, Kampung Rantau Kurra disini Rabu lepas.

Turut sama ialah Ketua Pemuda PBB Cawangan Batu Danau Elvis Mathew  Bungsu dan Pegawai Khas Paulus, Jimmy Ngindang  Bau.

Paulus turut turun padang melihat sendiri projek NRDA iaitu penyelenggaraan jalan simen di Kampung Rantau Kurra ke  sungai Limbang.

Ini diikuti lawatan ke projek pembinaan gereja di kawasan Rumah Sing dan turut  menyerahkan geran berjumlah  RM30,000   bagi kos menampung pembinaan gereja tersebut yang akan dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.

Seterusnya Paulus menjelaskan, kepimpinan tertinggi kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan mana-mana agama malah pembinaan rumah ibadah bertujuan memudahkan rakyat beribadah serta melaksanakan aktiviti keagamaan.

Ini dilihat sebagai satu pendekatan baik bagi memastikan rakyat dapat hidup bermasyarakat dan saling bertoleransi dalam kebebasan beragama.

Program turun padang ini akan diteruskan bagi memastikan perkembangan projek-projek pembangunan di konstituensi Batu Danau disiapkan dan dipantau.

Paulus juga akan memastikan setiap perkembangan projek dilapor dengan tepat semasa mesyuarat bersama pemimpin dan Residen Bahagian Limbang pada masa akan datang.

Continue Reading

Previous: Kerajaan peka keperluan rakyat
Next: Tingkat purata pendapatan isi rumah RM16,000 sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.