Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Negeri iktiraf lapan individu sebagai Bumiputera Sarawak di Beluru
  • TEMPATAN

Kerajaan Negeri iktiraf lapan individu sebagai Bumiputera Sarawak di Beluru

Utusan Sarawak 21 hours ago
DATUK Dr. Penguang Manggil merakam kenangan bersama lapan individu dari Daerah Beluru yang telah menerima Sijil Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak di bawah Ordinan Tafsiran 2005 (Bab 61), semalam.

BELURU: Seramai lapan individu dari Daerah Beluru telah menerima Sijil Pengiktirafan sebagai Bumiputera Sarawak di bawah Ordinan Tafsiran 2005 (Bab 61) di sini, semalam.

Majlis ringkas penyerahan sijil tersebut yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi Cawangan Beluru, telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr. Penguang Manggil.

Senarai penerima sijil terdiri daripada Tan Yi Xian, Tan Yi Hao, Tan Yi Heng, Elsa Irina Tan Yi Ling, Tan Yi Longwei, Chai Bee Geok, Fabian Hwong Shee Kid, dan Franky Hwong Shee Twang.

Menurut Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk mengiktiraf kepelbagaian etnik serta memperkukuhkan perpaduan rakyat Sarawak melalui pengiktirafan rasmi terhadap identiti kaum di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah Beluru Charles Aloysius Lisu, Ketua Masyarakat Kaum Iban Pemanca Enggah Muga, Ketua Masyarakat Kaum Melayu Penghulu Abdullah Samat, dan Kapitan Cina Pekan Beluru Kapitan Huong.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sibu laksana naik taraf jalan untuk cegah banjir
Next: Gangguan air berjadual di beberapa kawasan Daerah Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.