Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan MADANI tekad perkasa pembangunan Sabah, Sarawak – PM Anwar
  • SEMASA

Kerajaan MADANI tekad perkasa pembangunan Sabah, Sarawak – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANWAR Ibrahim mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI bertekad memastikan Sabah dan Sarawak menerima manfaat pembangunan saksama serta berterusan melalui penyediaan peluang pendidikan lebih baik, akses kesihatan berkualiti dan pembangunan infrastruktur asas yang menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook bersempena dengan Pesta Kaamatan dan Gawai, Anwar berkata usaha itu juga bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri menikmati kehidupan yang lebih bermaruah.

Beliau berkata sambutan Kaamatan dan Gawai adalah perayaan kesyukuran yang berakar daripada tradisi dan warisan masyarakat Sabah dan Sarawak, diraikan penuh makna dalam semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap nikmat hasil bumi.

“Dalam kepelbagaian adat, bahasa dan budaya yang mewarnai negara kita, sambutan ini mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kemampuannya memelihara keharmonian dalam kemajmukan, memperkukuh semangat persaudaraan dan menyuburkan budaya saling menghormati,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata sambutan itu juga mencerminkan pentingnya semangat kebersamaan dalam memperkukuh keharmonian negara.

Beliau turut mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak. 

“Semoga sambutan ini membawa kemakmuran, keberkatan serta memperteguh semangat muafakat dan kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia tercinta,” kata beliau.

  • Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir di WP Labuan dan lima negeri termasuk Sarawak hingga 1.00 pagi
Next: Sarawak tunggu hasil kajian jajaran sebelum perluas rangkaian kereta api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.