Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan MADANI komited perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan – PM Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan MADANI komited perkukuh hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) berkenan berangkat pulang selepas Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) ke-74 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh urusan hal ehwal Islam secara inklusif dan berkesan demi menjamin kesejahteraan umat dan keharmonian negara yang berpanjangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata komitmen itu akan direalisasikan menerusi semangat musyawarah antara negeri, berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta didukung oleh nilai dan aspirasi Malaysia MADANI.

“Alhamdulillah, pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-74 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

“Titah dan nasihat tuanku yang menekankan amanah kepimpinan, pemerkasaan pendidikan serta pengurusan hal ehwal Islam amat bermakna dan wajar dihayati bersama sebagai panduan dalam mendepani cabaran semasa, di samping membina kekuatan nilai, ilmu dan nurani umat Islam di negara ini,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut mencerminkan semangat muafakat dan kebersamaan antara kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam merangka pandangan serta keputusan strategik demi kepentingan umat Islam, selaras dengan keperluan semasa dan realiti masyarakat majmuk Malaysia.

Pada mesyuarat itu, Sultan Nazrin bertitah supaya kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melaksanakan tindakan susulan terhadap segala ketetapan dan rumusan yang dikemukakan MKI secara bersungguh-sungguh bagi memberikan nilai bermakna kepada peranan majlis tersebut.

Selain itu, baginda menegaskan Islam mementingkan pendidikan yang mengutamakan pembinaan kekuatan dalaman dan melahirkan insan seimbang dan holistik, bukan sekadar mengejar pencapaian akademik tanpa arah hidup dan nilai insani yang betul.

Baginda turut menekankan bahawa individu yang diamanahkan untuk memimpin dan mengurus institusi Islam hendaklah memiliki integriti yang tidak boleh diragukan, selain berfikiran proaktif, mencetuskan idea inovatif, memperkenalkan gerak kerja dinamik serta berani meneroka sempadan dan wilayah baharu.- Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia X dinamakan semula sebagai AirAsia pada 19 Januari – Tony Fernandes
Next: Kementerian Pengangkutan perluas inisiatif FLYsiswa kepada empat kategori – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.