Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan komited sokong peranan guru melalui pelbagai inisiatif
  • PENDIDIKAN

Kerajaan komited sokong peranan guru melalui pelbagai inisiatif

Utusan Sarawak 22 hours ago
SELAMAT HARI GURU….Datuk Ding Kuong Hiing bersama yang lain memotong kek Hari Guru. 

BINTANGOR: Kerajaan sentiasa komited dalam menyokong peranan dan perjuangan para guru melalui pelbagai inisiatif, termasuk peningkatan latihan profesional, penambahbaikan kurikulum, serta peluasan infrastruktur digital di sekolah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Menurut beliau, langkah-langkah tersebut penting bagi memastikan sistem pendidikan negara terus berkembang sejajar dengan keperluan abad ke-21 terutamanya bagi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Antara tumpuan yang diberikan adalah kepada pembangunan profesionalisme berterusan, pembelajaran berasaskan kemahiran abad ke-21 dan penyediaan sokongan mencukupi kepada guru-guru di kawasan luar bandar.

“Saya menyokong penuh usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan dasar pendidikan yang inklusif dan progresif,” ujarnya ketika berucap pada majlis sambutan Hari TVET dan Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Daik, baru-baru ini.

Datuk Ding turut menggesa seluruh masyarakat termasuk ibu bapa, komuniti dan pemimpin setempat agar terus bersama-sama menyokong peranan guru kerana reformasi pendidikan hanya akan berjaya dengan sokongan padu daripada semua pihak.

Dalam ucapannya, beliau turut menyifatkan sambutan Hari Guru sebagai manifestasi penghormatan tertinggi kepada para pendidik yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu dan membentuk sahsiah generasi muda.

“Hari ini, kita semua mampu berdiri dan berjaya kerana pernah disentuh oleh ilmu seorang guru. Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pembina karakter, pembimbing jiwa dan penyuluh dalam gelapnya ketidaktahuan.

“Malah, seorang guru mampu mengubah jalan hidup seorang anak – daripada buta huruf menjadi ilmuwan, daripada kurang keyakinan menjadi pemimpin. Begitulah besarnya impak seorang guru dalam kehidupan manusia,” katanya lagi.

Turut hadir Guru Besar SJKC Min Daik, Fung Gan Fung, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Loh Tiong Ming serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Rozanna Ellein Jawa.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMK Demak Baru pemacu pendidikan digital bersama aplikasi Pandai
Next: STU terus komited perjuang kebajikan guru Sarawak, warga pendidik disaran kekal proaktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.