Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan komited percepatkan pengukuran tanah NCR – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Kerajaan komited percepatkan pengukuran tanah NCR – Awang Tengah

Utusan Sarawak 12 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak komited memastikan proses pengukuran dan pemberian hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata sejak pelaksanaan Program Pengukuran Tanah NCR pada 2010, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak berjaya menyukat lebih 1.21 juta hektar tanah secara perimeter di seluruh negeri, dengan 938,342 hektar daripadanya telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN).

“Program ini penting kerana ia memberi pengiktirafan rasmi kepada pemilik tanah NCR melalui pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN.

“Ia juga memastikan sempadan tanah jelas dan tidak mudah diceroboh,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN bagi Kawasan Jalan Pakan-Sesco/Pakan-Entabai di Rumah Jetphare Empali di Pakan dekat sini hari ini.

Awang Tengah berkata sehingga 30 Sept 2025, sebanyak 105,344 lot individu telah berjaya diukur melibatkan kawasan seluas 125,703 hektar, manakala 34,122 lot telah dikeluarkan surat hak milik tanah dengan keluasan 47,443 hektar.

Pada majlis tersebut, sebanyak 112 surat hak milik tanah diserahkan kepada 90 penerima daripada komuniti Iban bagi kawasan Jalan Pakan-Sesco/Pakan-Entabai.

Awang Tengah berkata kerjasama penuh masyarakat, ketua kaum serta pemilik tanah NCR amat penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program pengukuran.

“Tanpa kerjasama semua pihak, proses penyukatan dan pengeluaran surat hak milik tanah akan tertangguh. Kerajaan mahu program ini berjalan dengan lancar supaya hak rakyat terjamin sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata semua kerja pengukuran dijalankan secara percuma dan tanah yang diberikan hak milik di bawah Seksyen 18 KTN adalah kekal serta dikecualikan daripada cukai tanah dan premium.

Dalam pada itu, Awang Tengah menyeru pemilik tanah supaya tidak menjual tanah NCR mereka untuk keuntungan jangka pendek, sebaliknya memanfaatkannya bagi menjana pendapatan serta memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar.

“Gunakan tanah ini untuk pertanian dan aktiviti ekonomi yang produktif. Kerajaan menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) menyediakan pelbagai bantuan dan program bagi membangunkan tanah NCR,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan positif dadah di Lawas
Next: Malaysia perlu utamakan perlindungan belia daripada bahaya permainan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.