Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan kenal pasti mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar, rangka usaha penyelamatan
  • NASIONAL

Kerajaan kenal pasti mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar, rangka usaha penyelamatan

Utusan Sarawak 2 years ago
TIMBALAN Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengenal pasti 26 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing, Myanmar, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina dan China sedang menyelaras dan menggunakan segala alternatif bagi membawa pulang kesemua mangsa dengan selamat. 

“Sehingga 3 November lepas, kementerian ini telah berjaya membawa pulang 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membantu siasatan.

“Dalam masa yang sama, Kementerian Luar ingin mengingatkan kepada semua warganegara Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan menerusi platform media sosial yang meragukan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang sering berlaku.  

Mohamad berkata, kerajaan juga sedang menunggu “lampu hijau” daripada pihak berkuasa Myanmar untuk berbincang dan mengadakan lawatan ke negara itu bagi merangka usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPR laksana proses kajian persempadanan semula bermula di Sarawak
Next: Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.