Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan kaji teroka peluang ‘ekonomi perak’ hadapi impak negara tua – Hanifah Hajar
  • NASIONAL

Kerajaan kaji teroka peluang ‘ekonomi perak’ hadapi impak negara tua – Hanifah Hajar

Utusan Sarawak 16 hours ago
TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib ketika hadir pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji peluang meneroka pertumbuhan ekonomi baharu seperti ‘ekonomi perak’ dalam usaha mempersiapkan Malaysia menghadapi impak negara tua menjelang 2043, kata Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib.

‘Ekonomi perak’ merujuk kepada aktiviti ekonomi serta peluang pasaran berkaitan dengan populasi warga tua yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau berkata kementerian boleh mempertimbangkan cadangan penubuhan sebuah majlis populasi menua di peringkat kebangsaan.

Ini juga, katanya sejajar dengan usaha kerajaan melalui Kementerian Ekonomi dengan kerjasama semua kementerian dan agensi berkaitan yang telah membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025 hingga 2045 (NAB).

“Rangka kerja NAB telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 12 Februari 2025. 

“Mesyuarat ini telah bersetuju supaya 11 langkah intervensi berimpak tinggi rentas kementerian dan agensi dimulakan segera bagi menyediakan asas kukuh dalam mendepani penuaan populasi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengenai dasar dan intervensi strategik untuk memastikan populasi menua menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, Hanifah memberi jaminan usaha dalam memastikan penyediaan asas yang kukuh dalam mendepani penuaan populasi negara akan turut digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan pada minggu ini.

“Saya tidak mempunyai butirannya sekarang tetapi Insya-Allah pembentangan RMK13 akan memberikan maklumat yang mendalam,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: 1,443 kandungan jelik libatkan kanak-kanak diturunkan setakat 15 Julai – Fahmi
Next: Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion setakat akhir Mac 2025 – Lim Hui Ying

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.