Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan – Zulkifli
  • NASIONAL

Kerajaan jamin kuota haji dipenuhi, faktor kesihatan punca penangguhan – Zulkifli

Utusan Sarawak 2 hours ago
DR Zulkifli Hasan ketika bertemu pengamal media pada majlis penyerahan rumah Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Kampung Aman Kandis hari ini. Foto Bernama

BACHOK: Faktor kesihatan dikenal pasti sebagai punca utama penangguhan ibadah haji dalam kalangan jemaah Malaysia pada tahun ini mengatasi faktor kewangan yang kini berada di kedudukan ketiga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 18 peratus jemaah menangguhkan haji, penurunan ketara berbanding sekitar 50 peratus sebelum ini, hasil inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“Daripada data yang diterima, faktor peribadi dan kesihatan merupakan penyumbang utama kepada penangguhan manakala faktor kewangan tidak lagi menjadi sebab dominan seperti sebelum ini,” katanya selepas Sesi Penyerahan Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis, di sini hari ini.

Zulkifli berkata keperluan pemeriksaan kesihatan merupakan antara syarat yang ditetapkan dan perlu dipatuhi untuk memastikan keselamatan serta kelancaran ibadah jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

Berikutan itu, beliau memberi jaminan kerajaan akan memastikan 100 peratus kuota haji Malaysia dipenuhi seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, dengan rayuan haji masih dibuka hingga Ramadan bagi mengisi kekosongan yang ada.

“Bagi jemaah yang menangguhkan haji, kuota berkenaan akan digantikan dengan calon paling layak mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.

“Sebarang pengumuman lanjut berkaitan tawaran dan rayuan haji akan dimaklumkan oleh TH dari semasa ke semasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia masih menunggu maklum balas daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan jemaah haji 2026 berikutan keputusan negara itu untuk mengekalkan kuota sebanyak 31,600 jemaah.- Bernama

Continue Reading

Previous: MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti – Mohamed Khaled
Next: Puspakom selaras caj pemprosesan tempahan pemeriksaan kenderaan kepada RM5 bermula Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.