Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan gubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 untuk perkasa TVET
  • PENDIDIKAN

Kerajaan gubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 untuk perkasa TVET

Utusan Sarawak 21 hours ago
MENTERI Sumber Manusia Steven Sim menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran P10X Academy Sdn Bhd hari ini.- Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk mengubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) bagi memperkasakan lagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata menerusi penggubalan akta berkenaan, kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya kelayakkannya setaraf ijazah atau Doktor Falsafah (PhD).

Berucap ketika melancarkan P10X Academy Sdn Bhd di sini hari ini, beliau berkata pengenalan tahap baharu dan lebih tinggi dalam SKM adalah perlu kerana sijil berkenaan ketika ini hanya mempunyai tahap satu hingga lima, iaitu yang setara dengan diploma lanjutan.

“Saya akan membentangkan pindaan kepada akta ini di Parlimen dan saya mohon semua ahli Parlimen menyokongnya. Saya mahu supaya daripada tahap satu hingga lima, kita tambah lagi ke tahap enam, tujuh dan lapan agar pendidikan TVET boleh disetarakan dengan PhD,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat agar membuka minda terhadap institusi TVET kerana ia menyediakan ruang dan peluang besar kepada golongan muda untuk menimba ilmu serta kemahiran baharu.

“Kita ingin menarik perhatian ibu bapa tentang potensi TVET… Kita mahu memupuk pemikiran bahawa bukan semua perlu masuk universiti kerana kita turut mempunyai institusi TVET untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Sementara itu, Sim berkata sistem bersepadu UP_TVET telah menerima sebanyak 140,000 permohonan kemasukan ke institusi TVET setakat ini.

“Mungkin pada masa akan datang, kita akan masukkan juga institusi TVET swasta dalam sistem tersebut supaya pelajar yang berminat dengan jurusan TVET boleh mengakses semua pilihan melalui satu laman web sahaja,” katanya.- Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar UTM cipta sistem IoT pantau kualiti air kolam ikan menerusi telefon
Next: Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun – MPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.