Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan GPS terus pastikan pembangunan luar bandar dinikmati masyarakat rumah panjang
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan GPS terus pastikan pembangunan luar bandar dinikmati masyarakat rumah panjang

Utusan Sarawak 4 hours ago
 AHLI Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan projek pintu kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperjuangkan kepentingan rakyat terus diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, ia adalah bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmati kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti. 

“GPS merupakan parti tempatan yang sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak.

 AHLI Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan projek pintu kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

“Sehubungan dengan itu, sokongan berterusan rakyat terhadap kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg amat penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara konsisten dan berkesan demi kesejahteraan rakyat di seluruh Sarawak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semalam beliau telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah panjang melibatkan 208 pintu di kawasan DUN Repok.

“Saya telah mengadakan lawatan ke beberapa rumah panjang seperti Rumah (Rh) Jabu Selan dan Rh Allin Ujang di Sungai Seleku; Rh Siti Nyadau dan Rh Jawi Singki di Sungai Bulat dan Rh Patrick Jingan di Jalan Kim San.

 AHLI Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan projek pintu kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

“Saya telah menyerahkan projek pintu kepada kepada penduduk rumah panjang yang terlibat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan membantu meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.

“Semoga projek ini dapat memberi keselesaan yang lebih baik kepada penduduk serta meningkatkan kualiti kehidupan harian di kawasan rumah panjang,” katanya.

Tambahnya, lawatan tersebut bertujuan meninjau sendiri keadaan semasa dan keperluan penduduk rumah panjang selain memastikan pelaksanaan projek pembangunan berjalan selaras dengan keperluan masyarakat setempat.

“Pendekatan turun padang seperti ini penting bagi memperkukuh hubungan antara saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini dan komuniti setempat di samping membolehkan sebarang isu di peringkat akar umbi dikenal pasti dengan lebih cepat dan juga berkesan.

“Terima kasih kepada semua penduduk rumah panjang atas sambutan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan.

“Ia amat membantu dalam memastikan usaha pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam lawatan sama, beberapa orang tuai rumah dari kawasan berhampiran turut hadir bagi berkongsi pandangan dan keperluan komuniti masing-masing.

Antara yang hadir, Tuai Rumah (Tr) Kennedy Chuat, Tr Nuna Nanta, Tr William Girang Rimba, Tr Margeret Simong, Tr Ejik Badi dan Tr Tlajan Lat.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air Sungai Liku normal, Sarawak Water nafi dakwaan kekeringan
Next: Skim Pinjaman Rumah Panjang HDC realisasikan pembinaan baharu Rumah Angelisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.