Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan GPS telah bertindak memakmurkan rakyatnya
  • WILAYAH

Kerajaan GPS telah bertindak memakmurkan rakyatnya

Utusan Sarawak 1 day ago
SETIAUSAHA Sulit ADUN Simanggang, Jilin Itar yang mewakili ADUN Simanggang telah hadir Majlis Ngiling Tikai Gawai yang diadakan di Rumah Intai Kilau, Kampung San Ugol, dekat sini semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Majlis Ngiling Tikai Gawai telah diadakan di Rumah Intai Kilau, Kampung San Ugol Atas anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) San Ugol Atas, semalam.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang telah dihadiri kira-kira 350 tetamu dari rumah panjang berdekatan.

Ketika menyampaikan amanat perasmian, Harden berpendapat program seumpama itu boleh meningkatkan kerjasama dan menjalinkan hubungan yang harmoni di kalangan pengunjung yang hadir.

SETIAUSAHA Sulit ADUN Simanggang, Jilin Itar yang mewakili ADUN Simanggang telah hadir Majlis Ngiling Tikai Gawai yang diadakan di Rumah Intai Kilau, Kampung San Ugol, dekat sini semalam. Foto ADUN Simanggang

Dalam pada itu, sebagai Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang beliau menggesa kepada penduduk yang belum menjadi ahli sebarang parti boleh berbuat demikian dengan menyertai SUPP Cawangan Simanggang.

Pada masa tersebut telah diadakan kaunter Mobile Service 2U untuk penduduk berurusan melalui saluran parti dalam urusan keahlian dan mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak.

Beliau menggesa kepada penduduk rumah panjang agar berfikir ke hadapan dan melihat potensi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah bertindak dan bergerak maju memakmurkan rakyatnya dan dalam pada itu rakyat harus memberi kepercayaan kepada semua wakil rakyat GPS.

Teks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu telah disampaikan oleh Setiausa Sulitnya, Jilin Itar sebagai wakil kepada beliau kerana tidak dapat hadir diatas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis yang berlangsung menampilkan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Iban ‘Ngajat Ngalu Pengabang’, ‘Ngetas Ranyai’ dan simbolik Ngiling Tikai menandakan berakhirnya musim sambutan Gawai Dayak 2025.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gangguan air tidak berjadual jejas kawasan Kanowit hari ini
Next: Naik taraf surau Kampung Pagan memasuki fasa akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.