Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan GPS perlu sokongan berterusan rakyat
  • TEMPATAN

Kerajaan GPS perlu sokongan berterusan rakyat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie semasa menghadiri majlis Ngopi-Ngopi Prihatin Rakyat di Rumah Sabong Bayai, Undop, semalam. -Foto Ahli Parlimen Sri Aman
 

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menggesa rakyat di kawasannya agar terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya GPS telah terbukti selama ini yang berterusan menjaga kebajikan dan memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak.

Justeru, beliau mahu rakyat di kawasan itu bekerjasama sebagai satu pasukan dengan kerajaan GPS bagi membangunkan Sarawak amnya dan Sri Aman khususnya.

“Sebagai wakil rakyat iaitu ahli parlimen di kawsan ini, saya akan terus menjadi jambatan, mulut, telinga dan mata seluruh rakyat di Sri Aman ketika berucap di parlimen, semasa mesyuarat dan membantu anda semampu saya sebagai wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ngopi-Ngopi Prihatin Rakyat di Rumah Sabong Bayai, Undop, semalam.

Doris berkata sebagai rakyat Sarawak, jika kita tidak bersatu antara satu sama lain dan tidak bekerjasama dengan kerajaan GPS untuk memperjuangkan semua perkara ini, kita di Sarawak akan kehilangan banyak hak dan kuasa yang telah diperjuangkan, lebih-lebih lagi memperjuangkan hak-hak Sarawak.

Beliau berharap rakyat di negeri ini dan Sri Aman khususnya bersama-sama menyokong antara satu sama lain serta bersatu dalam menyokong segala pembangunan yang dirancang oleh kerajaan GPS agar bukan sahaja Sri Aman yang dapat membangun malah Sarawak juga maju makmur, terkenal dan gemilang.

Dalam perkembangan lain, Doris menyatakan bahawa ini bukan kali pertama beliau mengunjungi Kampung Bayai sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), walaupun sokongan kepada GPS di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bayai ketika itu tidak memuaskan.

Namun beliau tidak berputus asa bahkan hari ini beliau datang lagi kerana benar-benar ingin mengajak penduduk setempat untuk bersama-sama GPS agar dapat bekerjasama seiring sejalan ke arah pembangunan.

“Saya sentiasa mengambil pendekatan yang inklusif agar kita dapat bergerak maju dengan harmoni. Saya memang bukan jenis yang menyimpan kemarahan dan dendam kerana bagi saya semua ini hanya akan membawa keburukan dan menjadi penghalang kepada kemajuan kita terutama bagi komuniti setempat,” ujar beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Persatuan Tuai Rumah Panjang tonggak pemeliharaan warisan Iban
Next: Sarawak laksana kajian kedalaman sungai, fokus atasi isu banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.