Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan diseru beri pengiktirafan lebih besar kepada jururawat – Tiong
  • SEMASA

Kerajaan diseru beri pengiktirafan lebih besar kepada jururawat – Tiong

Utusan Sarawak 1 day ago
TIONG King Sing (lima, kiri) memotong kek sempena majlis malam Jururawat yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Sibu, malam tadi.

SIBU: Kerajaan serta pihak berkepentingan disaran agar memberikan pengiktirafan lebih besar terhadap sumbangan jururawat, yang menjadi tunjang penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, berkata pelaburan dalam pembangunan profesional jururawat adalah amat penting untuk menjamin masa depan sistem kesihatan yang lebih baik dan berdaya saing.

“Pembuat dasar dan pemimpin perlu mengiktiraf kepentingan melabur dalam jururawat kita.
Mereka adalah masa depan penjagaan kesihatan, dan kita perlu memastikan kesejahteraan serta pembangunan profesional mereka terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis malam Jururawat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Sibu, malam tadi.

Majlis bertemakan “Jururawat Kita, Masa Depan Kita: Prihatin Terhadap Jururawat Mengukuhkan Ekonomi” diadakan sempena Sambutan Hari Jururawat 2025, dan mencatat sejarah sebagai penganjuran terbesar melibatkan Hospital Sibu, Pusat Perubatan Rejang, dan Institut Latihan Kejururawatan.

Tiong, yang juga Ahli Parlimen Bintulu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, menegaskan bahawa jururawat bukan sahaja bertanggungjawab memberikan rawatan perubatan, tetapi turut memainkan peranan penting sebagai pendidik, pejuang hak pesakit, dan tonggak utama sistem kesihatan negara.

“Kekurangan jururawat telah memaksa mereka memikul pelbagai tugas, bekerja di bawah tekanan tinggi.

“Keupayaan mereka memberikan rawatan terbaik walaupun dengan sumber terhad membuktikan ketabahan, profesionalisme dan dedikasi tanpa pamrih,” ujarnya.

Beliau turut menyeru agar sokongan dan sumber tambahan disediakan bagi meningkatkan kesejahteraan serta pembangunan kerjaya jururawat, agar mereka berasa dihargai dan terus komited dalam melaksanakan tugas.

“Kepakaran dan pengalaman jururawat sangat penting dalam membentuk arah tuju penjagaan kesihatan.

“Teruskan memperjuangkan hak dan profesion anda. Anda paling memahami keperluan pesakit, suara anda penting dan mesti didengari,” katanya lagi.

Sebagai tanda sokongan, Tiong mengumumkan sumbangan RM10,000 serta 200 unit meja untuk membantu penganjuran majlis penghargaan jururawat pada masa akan datang.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu, Pengerusi penganjur acara Florence Ho, dan beberapa pegawai perubatan, jururawat serta tetamu jemputan lain.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ABIM gesa tindakan proaktif tangani kemalangan kenderaan berat
Next: Sultan Nazrin berkenan lawat anggota FRU dirawat di HTI, santuni waris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.