KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina 3,000 unit rumah berharga bawah RM300,000 dalam tempoh setahun, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya, ia melibatkan kos RM30 juta dengan tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta dengan kemungkinan peningkatan peruntukkan bergantung kepada pemohonan.
“Inilah satu-satunya cara kita untuk membantu golongan B40 dan M40 yang satu lagi mereka tidak perlu membayar balik dan ia akan diuruskan hanya me- lalui Mutiara Mortgage kerana kerajaan akan memperuntukkan peruntukkan tersebut kepada Mutiara Mortgage. Jika pemohon hendak membeli rumah mereka memohon pembiayaan dari Mutiara Mortgage secara automatik RM10,000 akan dimasukan ke dalam akaunnya sebagai deposit,” katanya.
Ketua Menteri berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) Serta Program Rumah Spektra Mutiara di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Sementara itu, berkenaan Pelaksanaan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang diumumkan pada tahun lalu, menurut Abang Jo adalah salah satu inisiatif yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak untuk membantu pemilikan kediaman sendiri.
Jelasnya, melalui skim khas ini Kerajaan Sarawak akan menya- lurkan bantuan deposit seba- nyak 10 peratus atau maksimum RM10,000 untuk deposit pembelian rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama.
Katanya, skim ini adalah yang julung kali diperkenalkan di negara ini untuk membantu rakyat kita dalam golongan yang berpenda- patan rendah.
“Pertama ia akan membantu masyarakat golongan B40 dan M40 untuk membeli rumah ke- tika mereka masih muda kerana selalunya masalah mereka ialah tidak dapat membayar duit pendahuluan (deposit) kerana tidak cukup simpanan.
“Dengan adanya bantuan RM10,000 dari kerajaan ini, mereka dapat membeli rumah ketika masih muda lagi dan kalau mereka dapat membeli rumah di waktu muda, pembayaran baliknya akan panjang lebih kurang antara 25 tahun hingga 30 tahun mengikut umur mereka. Dan ini akan membolehkan mereka untuk membayar installment dengan harga yang murah dengan itu pembayaran balik mereka akan bertambah dan dari sudut harta asset mereka sudah mempunyai asset rumah dan harga rumah selalunya akan meningkat dengan itu kita dapat menurunkan kadar kemiskinan pada masyarakat di bandar dan luar bandar,” katanya.
Katanya, berhubung pembeli rumah menerusi HDAS, beliau memberitahu mereka yang hendak membeli rumah menerusi HDAS ini, rumah tersebut hendaklah melibatkan rumah yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak menerusi sektor swasta yang berdaftar dengan MUTIARA.
“Mutiara Mortgage ini akan digunakan untuk membeli rumah sama ada oleh Jabatan Tanah dan Survei, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) atau sektor swasta, tetapi yang penting mereka mesti berdaftar dengan MUTIARA,” tegasnya.
Oleh JEAKQLEYN YACHO