Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan beri laluan penuh pihak berkuasa banteras rasuah, kegiatan haram e-waste
  • NASIONAL

Kerajaan beri laluan penuh pihak berkuasa banteras rasuah, kegiatan haram e-waste

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni jemaah sebelum menunaikan solat Jumaat di Surau al-Amin hari ini. Foto BERNAMA

BANGI: Kerajaan MADANI memberi laluan penuh kepada pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti rasuah dan salah guna kuasa termasuk kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jemaah Menteri hari ini secara tegas melarang perbuatan menjadikan Malaysia sebagai tempat pembuangan e-waste.

“Isu pengalaman kita tentang kontrak dan tender, walaupun begitu kuat kita beri tekanan dan gesaan tetapi kita nampak masih ada kelemahan dan keterlanjuran.

“Ketetapan kita dan Jemaah Menteri ialah melarang sama sekali Malaysia menjadi tempat pembuangan e-waste. Jadi sebab itu, hal-hal ini harus dipantau dan saya beri laluan penuh (kepada pihak berkuasa),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Dua hari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan akan memperhebatkan siasatan berhubung kegiatan pengimportan e-waste secara haram, susulan risikan yang mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki juga dilaporkan berkata beberapa kementerian telah dikenal pasti dalam radar pemantauan SPRM berhubung isu perolehan termasuk Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, Anwar berkata beberapa pihak antaranya SPRM, Jabatan Audit Negara, Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga memberikan laporan penuh siasatan mengenai isu rasuah, salah guna kuasa atau hal berkaitan kepadanya hari ini. 

“Tugas mereka (pihak berkuasa adalah) membersihkan saki-baki karenah rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Anwar sebelum ini berkata semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula kesemua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.- Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar seru pertelingkahan isu bahasa, tumpu bina masa depan anak Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.