Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan benarkan permohonan aktiviti pawagam
  • NASIONAL

Kerajaan benarkan permohonan aktiviti pawagam

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 8 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di banggunan Perdana Putra hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA … Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di banggunan Perdana Putra semalam. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam bersetuju  membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk  tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP)  yang telah ditetapkan,  kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, SOP yang perlu dipatuhi antaranya adalah pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

“Petugas RELA  juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Menyentuh mengenai kepatuhan SOP  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM)  menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap 11 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti yang melanggar SOP.  

Katanya, sebanyak 2,876 pasukan pematuhan  melibatkan 13,545 anggota telah membuat pemantauan di 3,804 pasar raya, 5,913 restoran serta 1,316 penjaja, 1,247 kilang, 3,767 bank dan 860 pejabat kerajaan.

Turut dipantau 1,184 terminal pengangkutan darat, 267 terminal pengangkutan air dan 122 terminal pengangkutan udara. 

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PDRM telah membuat 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 39,407 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing  Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Dalam operasi itu katanya,  PDRM berjaya menahan 10 PATI kerana  kesalahan imigresen. 

Mengenai operasi sanitasi awam beliau berkata, sebanyak 18 operasi sanitasi meliputi 13 zon melibatkan enam  negeri termasuk Sabah, Melaka  dan Terengganu diadakan Rabu lepas.

Sementara itu katanya, seramai 630 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, India, Nepal, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Ethiopia, Brunei dan Timor Leste.

Daripada jumlah itu, 624 individu  diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka manakala enam individu dibawa ke hospital.

“PDRM juga membuat 1,056 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di rumah  dan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. 

Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mendapati 46  tapak pembinaan  patuh SOP ditetapkan, enam  tapak pembinaan tidak patuh dan diberi nasihat, manakala enam lagi tapak pembinaan tidak beroperasi Rabu lepas.

Rabu lepas juga katanya,  penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 838 premis perniagaan serta terhadap  peruncit, pemborong dan pengilang.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh. 

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,795 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,772 premis mematuhi SOP  manakala 23 lagi premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Diskaun 20 peratus kepada guru, pensyarah, pelajar
Next: Jumlah pengunjung majlis tidak lagi dihadkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.