Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan banteras gejala LGBT
  • WILAYAH

Kerajaan banteras gejala LGBT

Utusan Sarawak 2 years ago
PELIHARA BUDAYA… Generasi muda digalak pelihara nilai dan adat murni masyarakat timur. 

LIMBANG: Kerajaan bertindak tegas dalam memastikan budaya songsang tidak terus dipromosi di negara ini walaupun dalam bentuk hiburan.

Oleh itu, tindakan kerajaan menghentikan persembahan Kumpulan The 1975 selepas melakukan perbuatan jelik  dalam satu persembahan baru-baru ini satu keputusan tepat.

Ini kerana kumpulan barat ini jelas menonjolkan budaya yang bertentangan dengan  peradaban dan ketamadunan sebagaimana aspirasi Malaysia Madani.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, kejadian kurang sopan tersebut jelas mempromosikan budaya songsang dikhuatiri mempengaruhi masyarakat dan golongan muda dengan ideologi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pada masa sama, kumpulan muzik barat itu turut mencerca dan menghina undang-undang Malaysia yang jelas yang menolak LGBT.

“Mereka  (Kumpulan The 1975) telah mencerca, menghina undang-undang negara kita yang tidak membenarkan LGBT,” katanya pada malam kebudayaan majlis makan Tahun Perdana 2023 di Dewan Kampung Pabahanan, Limbang, malam tadi.

Hasbi berkata budaya barat yang jelas bertentangan dengan norma budaya masyarakat di Malaysia ini perlu di sekat daripada menular ke negara ini.

Jelas Hasbi lagi jika budaya barat ini tidak disekat, ia dikhuatiri boleh mempengaruhi nilai budaya  di malaysia khususnya pemikiran generasi muda.

“Budaya barat ini boleh menghakis budaya kita, Jadi apa nak jadi dengan generasi kita, macam mana kita kan mempertahankan  dan mempastikan  supaya  generasi muda kita  minat akan budaya sendiri,” tambahnya.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Pengerusi Persatuan Kedayan Limbang (PKL) Penghulu Sahat Bagol, Ketua Kampung Pabahanan Latif Sabli dan tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Belia dinasihat manfaat Jerayawara PRO-DR gapai impian
Next: Dokumentasikan kebudayaan etnik Kedayan – Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.