Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan bakal pertimbang arena sukan dan surau baharu untuk Kampung Sampat
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan bakal pertimbang arena sukan dan surau baharu untuk Kampung Sampat

Utusan Sarawak 10 hours ago
Dato Sri Julaihi Narawi berucap pada Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Kampung Sampat, Sebuyau. Foto UKAS

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak komited bukan sahaja kepada peningkatan utiliti asas, malah pembangunan sosial komuniti luar bandar, dengan dua permohonan utama penduduk Kampung Sampat iaitu pembinaan arena sukan RM10 juta dan sebuah surau baharu bakal diberi pertimbangan serius.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, permohonan pembinaan arena sukan itu dilihat penting bagi membolehkan golongan belia di Sampat, Sebuyau dan kawasan sekitar mempunyai kemudahan rekreasi yang kondusif, selamat dan terancang.

“Permintaan pertama masyarakat ialah pembinaan arena sukan bernilai RM10 juta untuk kegunaan anak-anak muda di sini dan kawasan berdekatan.

“Selain itu, mereka juga memohon sebuah surau baharu di Nadi Sampat kerana surau lama berada di tanah wakaf yang sempit dan tidak lagi sesuai menampung keperluan jemaah.

“Kedua-dua permohonan ini akan saya teliti dan pertimbangkan bersama mereka serta agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Kampung Sampat, hari ini.

Rakaman gambar kenangan bersama tetamu yang turut hadir ke Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Bekalan Elektrik Bahagian Samarahan di Kampung Sampat, Sebuyau. Foto UKAS

Tambah beliau, kerajaan negeri akan terus mendengar suara akar umbi dan memastikan pembangunan luar bandar tidak hanya terhad kepada penyediaan infrastruktur, tetapi turut melibatkan aspek kesejahteraan rakyat secara holistik.

“Kerajaan amat komited memastikan kualiti hidup rakyat ditingkatkan, bukan sahaja dari segi bekalan elektrik atau air, tetapi juga keperluan sosial, rohani dan pembangunan insan.

“Usaha ini selaras dengan prinsip pembangunan Sarawak yang inklusif, meninggalkan tiada sesiapa di belakang,” jelasnya.

Majlis pada hari ini turut menyaksikan pengumuman peruntukan RM150 juta bagi menaik taraf sistem bekalan elektrik di seluruh Bahagian Samarahan, membabitkan penggunaan teknologi Medium Voltage Covered Conductor (MVCC), pemasangan talian bawah tanah serta submarine cable merentasi Sungai Batang Sadong.

Dato Sri Julaihi turut menyampaikan penghargaan kepada Sarawak Energy, SESCO, agensi kerajaan serta penduduk setempat atas kerjasama dalam menjayakan projek pembangunan dan menyeru masyarakat agar membantu membanteras vandalisme dan kecurian kabel utiliti yang semakin meruncing.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PKLA anjur Majlis Makan Malam Pra Krismas eratkan perpaduan komuniti Lepo Aga’
Next: Op Motosikal IPD Meradong bendung lumba haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.