Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan bakal bantu penjaja
  • TEMPATAN

Kerajaan bakal bantu penjaja

Utusan Sarawak 5 years ago

HENRY B SIYU

MUKAH: Wakil rakyat tempatan berharap kerajaan negeri dapat membantu penjaja  di Mukah yang terjejas atas Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Antara yang  terjejas, ujar  Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul  Yakub Arbi, ialah penjaja kecil-kecilan yang terpaksa berhenti beroperasi, umpamanya di Pasar Tamu yang diarah tutup mulai 20 hingga  31 Mac.

“Pandangan saya bila perintah kawalan dikuatkuasakan penjaja kecil-kecilan juga terjejas.  Justeru, saya ingin memberi cadangan atau pandangan supaya kerajaan negeri dapat membantu penjaja tamu atau penjaja yang terjejas atas penutupan market tamu atau gerai  yang  terpaksa di tutup atas perintah kawalan pergerakan  kerajaan,” katanya.

Katanya, bantuan itu mungkin boleh dibuat melalui pembayaran ‘one-off’ atau kaedah lain seperti dikecualikan bayaran permit atau sewa.

“Contoh kerajaan negeri di semenanjung sudah mengambil pendekatan itu. Kita mengetahui bahawa majoriti penjual-penjual di pasar tamu adalah dari kalangan yang miskin. Ini hanya pandangan saya. Sama-sama kita menjaga rakyat kita Sarawak yang tercinta ini,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap tindakan yang diambil kerajaan pusat yang mengarahkan tentera untuk bantu polis dalam memantau PKP supaya dipatuhi.


Selain itu, Yakub juga bersetuju dengan pendekatan yang diambil kerajaan negeri  yang menggunakan penjejakan dan pemetaan digital dalam usaha mengenalpasti  mereka yang  dikuarantin, termasuk menanda hotspot jangkitan covid 19.

“ Saya  menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan perintah kawalan pergerakan dapat dibuat dengan baik dan berkesan. Lebih-lebih  lagi kes Covid 19 kita  kini yang telah mencecah lebih daripada 1000  kes . Saya mohon  orang ramai dan netizen untuk tidak hanya ambil lewa kaedaan yang semakin serius ini. Saya berharap netizen ikutlah arahan perintah kawalan pegerakan ini dengan serious dan saya doakan semoga kita semua selamat di bawah lindungan Allah,” katanya.

Continue Reading

Previous: Amalkan jarak sosial – Clarence Ting
Next: JBALB bekal air ke Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.