Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini
  • NASIONAL

Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini

Utusan Sarawak 2 years ago

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini (9 Mac), kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof  berkata keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula 4.00 petang pada Khamis.

“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman sesawang,” katanya.

Menerusi kaedah SMS, UPKKNo MyKid/No Kad Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888, manakala laman sesawang adalah https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No MyKid/No Kad Pengenalan Khas dan No Angka Giliran.

Hakimah berkata ibu bapa atau penjaga boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat (10 Mac), 9.30 pagi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaburan di Nusantara, akan diselaras bersama Sarawak – PM Anwar
Next: Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.