Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun – MPM
  • PENDIDIKAN

Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun – MPM

Utusan Sarawak 14 hours ago

PUTRAJAYA:  Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada Selasa depan (24 Jun), menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM memaklumkan seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan seramai 22,852 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Menurut MPM, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui dua kaedah, iaitu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: STPM [jarak] No. Kad Pengenalan [jarak] Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan.

“Sistem ini akan diaktifkan bermula pukul 11.00 pagi pada 24 Jun sehingga 12.00 tengah hari pada 4 Julai,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pukul 11.30 pagi pada 24 Jun.

MPM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2024.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan gubal Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 untuk perkasa TVET
Next: Perkukuh semangat perpaduan warga Pejabat Pendidikan Daerah Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.