Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan SPM SMK Kabong meningkat, Chee Kadir ucap tahniah
  • PENDIDIKAN

Keputusan SPM SMK Kabong meningkat, Chee Kadir ucap tahniah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATO Mohd Chee Kadir ketika menghadiri sesi salam mesra bersama 189 calon SPM di SMK Kabong, baru-baru ini. FotoADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang dicapai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong.

Menurut Chee, peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 5.63 pada 2023 kepada 5.57 pada 2024 merupakan satu kemajuan positif yang amat membanggakan.

“Lebih membanggakan, peratusan kelulusan turut menunjukkan peningkatan daripada 93.29 peratus kepada 95.08 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 1.79 peratus.

“Pencapaian ini adalah hasil daripada komitmen, dedikasi, serta kerjasama erat antara guru, pelajar, pihak pentadbiran sekolah, serta sokongan berterusan daripada ibu bapa dan komuniti setempat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Chee menambah, kejayaan tersebut bukan sahaja menjadi penanda aras baharu buat SMK Kabong, malah membuktikan bahawa kejayaan mampu dicapai melalui usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur.

“Saya amat yakin SMK Kabong akan terus melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berwibawa dan mampu menyumbang kepada pembangunan negeri serta negara.

“Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat. Teruskan kecemerlangan ini. SMK Kabong hebat!” katanya penuh semangat.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SPM 2024: Sarawak catat pencapaian terbaik dalam tempoh 11 tahun
Next: SPM: Masalah pendengaran bukan penghalang raih 10A

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.