Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keputusan seri Chelsea dengan Leeds ‘pil pahit’ buat Rosenior
  • SUKAN

Keputusan seri Chelsea dengan Leeds ‘pil pahit’ buat Rosenior

Utusan Sarawak 8 hours ago

Cole Palmer dari Chelsea menunjukkan reaksi selepas mensia-siakan peluang menentang Leeds. Foto AFP

LONDON: Liam Rosenior menyifatkan kegagalan Chelsea untuk kekal tenang di bawah tekanan sebagai satu “pil pahit” selepas mereka mensia-siakan kelebihan dua gol dalam keputusan seri 2-2 menentang Leeds pada aksi awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Rosenior berada di landasan untuk mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris hasil gol pembukaan Joao Pedro dan sepakan penalti Cole Palmer.

Namun, Chelsea gagal pada minit-minit akhir di Stamford Bridge apabila penalti Lukas Nmecha memberi nafas kepada Leeds sebelum Noah Okaformenyamakan kedudukan. 

Kejatuhan Blues yang berada di tempat kelima itu menyebabkan mereka terlepas peluang memintas Manchester United untuk naik ke tangga keempat, sekali gus membuatkan Rosenior kesal dengan pertahanan cuai pasukannya.

“Dua detik penting dalam perlawanan yang kami gagal kendalikan. Kami tidak kekal tenang. Bagaimana situasi itu berlaku, kami membuat beberapa keputusan buruk ketika menekan dan kami menghadiahkan penalti,” katanya.

“Saya tidak ingat Leeds mempunyai sebarang percubaan atau momen berbahaya dalam perlawanan ini. Permainan kami ketika menguasai bola, tekanan dan tenaga yang dipamerkan adalah segala-galanya yang saya mahu lihat. Itu yang menjadikannya lebih pahit untuk ditelan kerana kami tidak memenangi perlawanan.”

Gol penyamaan Leeds turut berpunca daripada kecekalan Jayden Bogle yang mengatasi pertahanan Chelsea, selain keraguan Blues sendiri dalam menangani bahaya. 

Bagaimanapun, Rosenior berpendapat pasukannya sepatutnya diberikan sepakan percuma.

“Budak itu menyentuh bola dengan tangan,” katanya. “Ia memberi kesan kepada pemain saya ketika itu. Mereka menyangka berlaku handball, mereka hilang fokus, kami gagal mengeluarkan bola dan mereka menjaringkan gol. Selepas itu, selama 25 minit ia menjadi gelombang demi gelombang serangan.”

Rosenior mencatat permulaan yang memberangsangkan sejak mengambil alih tugas daripada Strasbourg untuk menggantikan Enzo Maresca pada Januari. 

Namun, bersama penyingkiran separuh akhir Piala Liga kepada Arsenal, keputusan ini menjadi satu lagi petanda bahawa bekas pengendali Hull itu masih mempunyai banyak perkara untuk diperbaiki.

“Kami perlu memastikan kami menguruskan detik-detik penting dan bersikap profesional,” kata Rosenior.

“Ia bukan tentang reaksi terhadap cabaran. Anda pasti akan melalui tempoh dalam perlawanan apabila anda tidak menguasai permainan.

“Perkara yang mengarut bagi kami ialah mereka berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit sedangkan untuk 90 minit yang lain kami jauh lebih baik.” – AFP

Continue Reading

Previous: Gol lewat Sesko selamatkan United 
Next: Frank yakin kekal pengurus Spurs walaupun tewas kepada Newcastle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.