Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam lepasan STPM diumum Jumaat ini
  • PENDIDIKAN

Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam lepasan STPM diumum Jumaat ini

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu boleh disemak bermula 12.00 tengah hari, 5 September hingga 5.00 petang, 14 September ini.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my, atau Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Menurut KPT, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima atau tolak tawaran bermula 6 September hingga 14 September ini di laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

KPT turut memaklumkan, hanya pemohon yang tidak berjaya ditawarkan tempat sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bermula 12.00 tengah hari, 5 September, hingga tarikh akhir semakan.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan,” katanya.

Menurut KPT, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan  permohonan UPUOnline boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bengkel interaktif bahasa Melayu, Mandarin terbuka kepada orang ramai di Sibu
Next: 1,300 peserta sertai Malaysia Techlympics 2025 Zon Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.