Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Keputusan perketat SOP PPN Fasa 2 langkah tepat
  • TEMPATAN

Keputusan perketat SOP PPN Fasa 2 langkah tepat

Utusan Sarawak 4 years ago
PROGRAM Vaksinasi Covid-19 Kampung Tabuan Melayu di Dewan Kampung Tabuan Lot baru-baru ini.

KUCHING:Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 susulan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini sangat tepat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni, ini bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19 terutama varian Delta yang mudah merebak dan kini telah banyak menjangkini masyarakat.

“Memendekkan waktu operasi ekonomi dan sosial dari 6:00 pagi hingga 8:00 malam sangat tepat bagi membolehkan banyak masa dihabiskan di rumah.

“Di samping itu, dine-in atau makan di kedai juga tidak lagi dibenarkan buat sementara waktu dan hanya bungkus serta bawa pulang dibenarkan,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Program Vaksinasi Covid-19 Kampung Tabuan Melayu di Dewan Kampung Tabuan Lot baru-baru ini.

Untuk itu, masyarakat terus digesa untuk mematuhi SOP Fasa 2 yang telah dikemaskini pada 21 Ogos 2021 yang mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19.

Dr Hazland mengucapkan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Tanah Putih yang meneruskan program vaksinasi Covid-19 yang tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Seramai 560 orang penduduk dari Zon Tabuan Melayu yang terkandas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima vaksin dos kedua.

“Dengan melengkapkan vaksin ini akan meningkatkan daya tahan badan ke atas jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Energy nafi dakwaan
Next: Pemeteraian MoU Swinburne-Universiti Tanjungpura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.