Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Keputusan peperiksaan SVM diumum esok
  • PENDIDIKAN

Keputusan peperiksaan SVM diumum esok

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di kolej masing-masing bermula 10 pagi.

“Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula 10.00 pagi 7 Julai hingga 6.00 petang 13 Julai,” menurut kenyataan itu.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing.

–Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SCaT Fair 2025 tutup tirai, lebih 30,000 pengunjung hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.